BBQ Party

BBQ Party

Parti BBQ Sekretariat Sekolah@MMU pada 13 April 2011 berjaya dihadiri lebih dari 60 orang ahli. BBQ ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari sekretariat kepada ahli sepanjang tahun 2010/2011. Pihak sekretariat amat mementingkan kebajikan ahlinya, sejurus mengadakan BBQ ini sebagai simbolik kepada penghargaan mereka.

Ice Breaking 2010

Ice Breaking 2010

Ice Breaking 2010 anjuran Sekretariat Sekolah MMU ini telah diadakan di homestay Haji Dorani, Kuala Selangor pada 9 - 10 Julai 2010. Seramai 30 orang peserta yang mengikuti program ice breaking ini. Pelbagai aktiviti santai serta menarik telah diadakan bagi memeriahkan lagi ice breaking ini. Diharap semua peserta yang terlibat berpuas hati dengan ice breaking yang telah diadakan.

Iftar 2009

Iftar 2009

Iftar 2009 merupakan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Sekretariat Sekolah@MMU bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahlinya. Majlis ini telah diadakan di Fleming Steamboat Sunway.