Sekolah@MMU Pantai Timur 2011

Sekolah@MMU Perdana Melaka

Tempat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri

Tarikh   :
13 - 16 October 2011

Ulasan Program :

Program Sekolah@MMU kali ini diteruskan dengan memilih negeri-negeri di pantai timur Malaysia sebagai destinasi ke-23 program kali ini. Negeri Pahang serta Terengganu telah dipilih bagi menjayakan program kali ini. Program kali ini merupakan sebuah program 2 dalam 1 yang mana 2 program Sekolah@MMU telah dijalankan serentak pada satu masai. SMK Seri Bentong telah dipilih mewakili negeri Pahang Darul Makmur bagi program Sekolah@MMU Pahang manakala SMK Ibrahim Fikri telah dipilih bagi mewakili negeri Terengganu Darul Iman.

Sekolah@MMU Perdana Melaka

Sekolah@MMU Perdana Melaka

Tempat :
Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin
Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah

Tarikh   :
25 - 27 February 2011

Ulasan Program :

Program Sekolah@MMU kali ini diteruskan dengan memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai destinasi ke-22 program kali ini. Bertemakan "1 Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku", Sekolah@MMU Perdana Melaka kali ini telah memilih 4 buah sekolah yakni SMK Teknik Melaka, SMK Tun Perak, SMK Nyalas, serta SMK Ghafar Baba. Program Sekolah@MMU Perdana Melaka kali ini telah membawa 1001 kelainan dalam program-program anjuran Sekretariat Sekolah@MMU sebelum ini. Antaranya:-

1) 4 buah sekolah dari sekitar Melaka terpilih sebagai sekolah pusat dan melibat kan 28 buah sekolah di sekitarnya.
2) Menggabungkan fasilitator-fasilitator daripada MMU Melaka serta kolaborasi dari MMU Melaka sendiri.
3) Mendapat kerjasama dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka.
4) Kolaborasi bersama majalah DEWAN SISWA
5) Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka)
6) dll...

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Sekolah@MMU Perdana Melaka 2011 ini. Diharap program ini dapat membantu meningkatkan motivasi serta minat pelajar dalam bidang IT & Multimedia.


Koleksi Gambar Sekolah@MMU Perdana Melaka

Sekolah@MMU Penang

Warp 5.5 Theme Framework

Tempat : Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau
Tarikh : 8 - 10 October 2010

Ulasan Program :

Program Sekolah@MMU kali ini diteruskan dengan memilih Pulau Pinang sebagai destinasi ke-21 kami. Bertemakan "When aims become achievement", kami telah memilih SM Teknik Balik Pulau sebagai sekolah pilihan di lokasi tersebut. Seramai 30 orang fasilitator serta 90 pelajar dari sekolah tersebut telah terlibat dalam program kali ini.


Koleksi Gambar Sekolah@MMU Penang